Minute Ticker :

Perayaan Jubli Emas Sarawak 2013 gariskan lapan acara utama: Jabu

Friday 1 March 2013

KUCHING: Perayaan Jubli Emas Sarawak 2013 sempena 50 tahun Sarawak membentuk Malaysia menggariskan lapan acara utama yang akan disertai segenap lapisan masyarakat di negeri ini mulai 31 Mac depan.


Timbalan Ketua Menteri yang juga menteri bertanggungjawab perayaan itu, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, segala persiapan untuk sambutan tersebut di peringkat yang memuaskan.


“Segala persiapan di semua peringkat daerah dan 11 bahagian memuaskan yang melibatkan residen, pegawai daerah serta ketua-ketua kaum dan masyarakat.


“Program ini untuk disertai oleh segenap lapisan masyarakat Sarawak baik di bandar mahupun luar bandar,” katanya


pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persiapan Perayaan Jubli Emas Sarawak di sini, semalam.


Kata Jabu, bagi melancarkan lagi persiapan itu, sebanyak lapan jawatankuasa ditubuhkan untuk bertugas yang dipengerusikan menteri-menteri kabinet serta wakil rakyat.


Beliau berkata, sambutan akan dimulakan dengan majlis pelancaran pada 31 Mac di Stadium Perpaduan dengan menyaksikan ucap tama daripada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, sementara pada sebelah malamnya pula, majlis perasmian oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.