Minute Ticker :

Elak Insiden Buruk : Ceramah Tian Chua Di Felda Pasoh 3 Dibatalkan

Monday 11 March 2013

alt


JELEBU, 11 Mac - Satu ceramah yang membabitkan ahli parlimen Batu, Tian Chua di Felda Pasoh 3, Jempol terpaksa dibatalkan akibat bantahan beberapa NGO yang marah dengan kenyataan beliau yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, sebagai sandiwara UMNO.



Dipercayai bantahan yang dilakukan oleh GMPN dan beberapa NGO di kawasan Jelebu pada satu ceramah yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Jelebu, di markas PAS Felda Pasoh 3, Jempol.



Pihak berkuasa diberitakan membatalkan ceramah tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.



Pada 1 Mac yang lalu, Portal Keadilan Daily melaporan kenyataan Tian Chua yang mendakwa pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara Kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.



Sehingga kini, 205 laporan polis tekah direkodkan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang dilihat cuba mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.