Minute Ticker :

Balu dan duda veteran Angkatan Tentera Malaysia diseru mohon SVTB1M

Thursday 28 March 2013

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) menyeru balu atau duda veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen agar memohon Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M).


Presiden PVTMS Thomas Ling Kui Eng berkata, balu atau duda veteran ATM diminta hadir ke pejabat persatuan di Jalan Tuanku Osman bagi mempercepatkan proses permohonan itu.


Bagi membuat permohonan, Ling menasihati pemohon agar membawa salinan kad pengenalan balu/duda, sainan buku perkhidmatan (Bat D29), sijil berhenti pasukan sukarela ATM (Bat B84) atau surat pengesahan perkhidmatan atau arahan dokumentasi persaraan/tamat perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah dan Pencen kepunyaan veteran ATM.


Pemohon juga perlu membawa bersama salinan kad bekas tentera, salinan buku akaun bank balu/duda, salinan sijil kematian veteran ATM, salinan sijil 1 surat akuan nikah atau sijil kelahiran salah seorang anak kandung pemohon bersama veteran ATM serta salinan sijil cerai.


Bagi yang ingin mendapatkan borang, boleh datang ke pejabat PVTMS di No.43, Tingkat 3, Jalan Tuanku Osman, Sibu (084-349755) atau Syarikat Tunas Kaya, Sublot 58, Tingkat 1, Jalan Orang Kaya Setia Raja, Mukah (084-872695).






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.