Minute Ticker :

Kaji semula Imbuhan Tetap Perumahan untuk Sabah dan Sarawak

Thursday 14 March 2013

KUCHING: Kongres Ke- satuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Imbuhan Tetap Perumahan untuk Sabah dan Sarawak dikaji semula secara menyeluruh.


Sambil menyambut baik pengumuman kenaikan gaji pada 11 Mac lalu, Setiausaha Agung CUEPACS Loke Yim Pheng memberitahu, per-kara itu bagaimanapun perlu diselaraskan dengan kos sara hidup di kedua-dua negeri, khususnya di kawasan pusat bandar yang kian meningkat.


Menjadikan elaun ITP untuk gred 1 sebagai contoh, katanya, jumlah sebanyak RM180 tidak lagi relevan buat masa sekarang.


“Memang tidak dapat di-nafikan gaji penjawat awam meningkat dari setahun ke setahun, namun kos sara hi-dup juga semakin tinggi bah-kan kos membeli rumah juga terus melambung sehingga ada di kalangan kita tidak mampu memiliki rumah… bebanan ini cukup berat.


“Justeru, kita berharap ia dapat dinilai semula secara menyeluruh, dengan berdasarkan kos-kos sara hidup sekarang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Hadir sama Pengerusi CUEPACS Sarawak Cecelia Yong Mee Chai, Timbalan Pengerusi CUEPACS Sara-wak Richard Padan dan Setiausaha CUEPACS Sarawak Ahmad Malie.


Pada 11 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan tahunan yang diawalkan pada 1 Julai ini, yang membabit- kan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.


Antara lain, perkara itu bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.


Loke turut mencadangkan kerajaan negeri mengambil inisiatif membina rumah di atas tanah milik kerajan sen-diri supaya penjawat awam mampu memiliki rumah de-ngan kos sederhana.


Pada masa sama, beliau menyeru agar Elaun Wilayah Persekutuan dan Bayaran Insentif Wilayah dinaikkan pada kadar 15 peratus untuk penjawat awam yang gred lebih rendah, manakala 10 peratus untuk gred tinggi.


Dalam pada itu, beliau menjelaskan penjawat awam akan berhadapan dengan dua kenaikan gaji pada tahun ini iaitu pada Januari lepas dan pada Julai ini.


Manakala bagi penerima gaji maksimum, mereka juga akan menerima kenaikan gaji tahun ini dan 2013, sekiranya belum ada semakan dibuat pada 2014, maka mereka akan menerima kenaikan tiga peratus untuk tahun-tahun seterusnya.


Loke turut meminta pen-jawat awam di bahagian tek-nikal, perhutanan dan pertanian, selain di bahagian pentadbiran serta yang dalam Gred 1 agar dipertingkatkan ke gred lebih tinggi.


“CUEPACS berharap per-kara ini khususnya Elaun Wilayah Persekutuan dan Bantuan Insentif Wilayah diberi perhatian dan dinaik-kan dengan kadar segera, selewat-lewatnya hujung tahun ini,” katanya.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.