Minute Ticker :

SWP muktamad enam nama calon 22 Feb

Wednesday 20 February 2013

BERSEDIA HADAPI PRU13: Larry memberitahu akan mengumumkan calon bakal bertanding dalam tempoh tiga hari.

BERSEDIA HADAPI PRU13: Larry memberitahu akan mengumumkan calon bakal bertanding dalam tempoh tiga hari.



KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP) akan memuktamadkan enam nama calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 22 Februari ini.


Presidennya, Larry Sng bagaimanapun berkata, pengumuman nama calon akan diumumkan secara berperingkat dan akan didahului oleh calon Parlimen Hulu Rajang pada 28 Februari ini.


“Senarai calon akan diketahui dalam masa dua tiga hari ini, iaitu pada 22 Februari ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Sng berkata, calon-calon SWP akan bertanding di enam kerusi Parlimen iaitu di Lubok Antu, Sri Aman, Selangau, Julau, Hulu Rajang dan Kanowit.


Menurutnya, parti telah bersedia untuk menghadapi PRU13.


“Kita juga menerima sambutan yang baik daripada para pengundi dan ini boleh disaksikan pada rekrut keahlian SWP,” katanya.


Ketika diminta mengulas berhubung spekulasi SWP turut berminat pada kerusi Parlimen di kawasan bandar, Larry memberitahu buat masa ini parti ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada enam kerusi luar bandar.


“Bagaimanapun, apa-apa boleh berlaku dalam politik,” katanya.


Sementara itu, berhubung khabar angin bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, Voon Lee Shan berhasrat menyertai SWP, Larry memberitahu belum ada sebarang permohonan diterima.


Parti yang mengamalkan dasar terbuka bagaimanapun katanya, bersedia mempertimbangkan permohonan Voon yang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).


“Saya telah lama mengenalinya, kita pernah bersama di persidangan DUN (Dewan Undangan Negeri).


“Beliau merupakan ahli politik yang berpengalaman, dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.. sekiranya beliau mahu menyertai SWP, kita akan mempertimbangkannya dengan baik,” katanya.


Ketika diminta mengulas mengenai ura-ura bapanya, Datuk Sng Chee Hua akan bertanding di Selangau, beliau enggan mengulas lanjut.


“Saya tidak memberi komen pada spekulasi, ia akan ditentukan dalam masa tiga hari ini,” katanya.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.