Minute Ticker :

Sarawak Energy segera bantu mangsa kebakaran di Sg Asap

Friday 15 February 2013

BEKERJASAMA: Mangsa kebakaran dan penduduk kampung bekerjasama mengagihkan bantuan daripada Sarawak Energy.

BEKERJASAMA: Mangsa kebakaran dan penduduk kampung bekerjasama mengagihkan bantuan daripada Sarawak Energy.



BELAGA: Sarawak Energy menyampaikan bantuan segera kepada kira-kira 180 penduduk Uma Kulit di Sungai Asap di sini yang terjejas dalam insiden kebakaran yang memusnahkan 19 pintu rumah panjang pada 10 Februari lepas.


Bantuan berupa barangan keperluan makanan seperti beras, gula, makanan dalam tin, tilam dan bantal serta pakaian itu telah disampaikan oleh Sarawak Ener-gy kepada mangsa terlibat baru-baru ini.


Ketua Kampung Uma Kulit, Gun Imang menyifatkan tragedi tersebut sebagai antara yang terburuk apabila penduduk bergelut untuk memadamkan api dan membantu ahli keluarga dan jiran berada dalam keadaan selamat.


“Kami amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh Sarawak Energy dan maklum balas segera daripada mereka jelas menunjukkan keprihatinan orga-nisasi ini kepada kebajikan masyarakat,” katanya.


Sementara itu, Pemanca Belaga, Umek Jeni dan Tony Kulleh masing-masing terharu dengan tindakan segera Sarawak Energy menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran Sungai Asap.


“Saya harap Sarawak Energy boleh tampil dengan bantuan selanjutnya terutama dalam menyediakan dapur gas dan silinder, ” kata Tony.


Turut hadir di lokasi kejadian, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penan Murum (MPDC) Labang Paneh dan Setiausahanya Isah Abang.


Dalam pada itu, Sarawak Energy telah menjalankan pelbagai inisiatif sosial kepada masyarakat Sungai Asap antaranya sokongan pendidikan, sosial dan aktiviti kebudayaan seperti Hari Belia Belaga dan ekspo pendidikan serta banyak lagi.


Pengurus Kanan II Tanggungjawab Sosial Korporat, Jiwari Abdullah berkata aspek sosial sentiasa menjadi keutamaan perniagaan Sarawak Energy selain menyediakan sokongan kepada masyarakat tempatan yang terjejas susulan operasi dan projek-projek.


Program CSR Sarawak Energy fokus kepada empat keutamaan dan mereka adalah dari kalangan individu yang berpendidikan dan muda, budaya dan warisan, pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar serta keusahawanan dan pembangunan masyarakat.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.