Minute Ticker :

Sikap rakyat Sarawak dipuji

Saturday 8 December 2012

Sarawak bebas aktiviti pemerdagangan, baik terhadap pembantu rumah Indonesia



DJOKO



KUCHING: Sarawak bebas daripada aktiviti pemerda­gangan dan penderaan wan­ita warga asing khususnya membabitkan pembantu rumah dari Indonesia.


Perkembangan positif ini dinyatakan sendiri oleh Kon­sul Jeneral Republik Indone­sia, Djoko Harjanto ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Stutong di sini, semalam.


Menurut Djoko, kes-kes sedemikian tidak pernah berlaku di negeri ini yang didorong oleh sikap men­gambil berat kerajaan negeri terhadap tenaga kerja dari In­donesia termasuk di kalangan pembantu rumah.


“Warga Indonesia yang memasuki Sarawak dan Ma­laysia amnya tidak hanya bek­erja sebagai pembantu rumah, bahkan menjadi kekuatan utama dalam aspek pemban­gunan ekonomi di negeri dan negara ini.


“Justeru, insiden yang berlaku di Semenanjung Malaysia baru-baru ini di mana 105 orang wanita warga asing dikurung serta dipaksa bekerja tanpa bayaran amat menakutkan pihak Indonesia dan berharap ia tidak akan berlaku,” katanya.


Tambah Djoko, pembantu rumah sama ada warga In­donesia atau sebaliknya juga adalah manusia, justeru tidak wajar mereka diperlakukan seperti itu.


“Bayangkan jika orang Malaysia diperlakukan dan dilayan seperti itu. Saya pasti perbuatan itu tidak akan dapat diterima dan orang Malaysia juga akan marah.


“Pembantu rumah adalah dari kalangan bukan intele­ktual (bijak pandai). Sebab itu mereka menjadi pem­bantu rumah. Justeru untuk berkomunikasi dengan golon­gan bukan intelektual adalah memerlukan kesabaran dan bukannya penindasan,” ka­tanya pada sesi temu ramah yang turut dihadiri oleh Konsul Republik Indonesia, Bedjo Santoso.


Bercakap mengenai in­siden tersebut, Jabatan Imi­gresen Selangor Cawangan Pelabuhan Klang Sabtu lepas menyelamatkan 105 warga as­ing yang dikurung di premis empat tingkat sebuah syarikat agensi pembantu rumah di Bandar Baharu Klang.


Meskipun ia tidak berlaku di Sarawak, namun ia turut menimbulkan kebimbangan daripada Konsulat Republik Indonesia di sini yang mana mereka tidak mahu perkara sama berlaku di negeri ini.


Sementara itu, Djoko ber­kata aktiviti penguatkuasaan antara pemerintah Indonesia dan Malaysia perlu dilaksana­kan secara berintegriti bagi menyekat kemasukan warga asing bagi tujuan bekerja secara haram.


Beliau berkata, sekatan perlu dilakukan ke atas laluan tidak rasmi yang menjadi pintu keluar masuk antara kedua-dua wilayah itu.


Katanya, jika perkara itu tidak diambil perhatian, ma­salah membabitkan pemerda­gangan dan penderaan warga asing untuk bekerja secara paksa tanpa bayaran tidak mungkin akan selesai.


“Masalah seperti ini timbul berikutan tindakan kedua-dua pihak sama ada warga asing yang ingin bekerja dan agensi pekerjaan yang tidak menggunakan saluran yang betul ketika memohon untuk bekerja di Malaysia.


“Prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi mungkin agak rumit, tetapi ia adalah selamat untuk individu yang ingin bekerja serta majikan daripada tertipu atau terlibat dalam aktiviti tidak sihat ini,” jelasnya.


Tambah Djoko, berikutan insiden-insiden penderaan ke atas pembantu rumah Indone­sia, pemerintah Indonesia dan Malaysia telah menghentikan sementara pengambilan pem­bantu rumah Indonesia pada tahun 2006.


Berikutan itu, seramai kira-kira 20,000 warga Indonesia memasuki Malaysia tanpa perlindungan pada tahun 2009.


“Saya sering menasihatkan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia supaya mengikut peraturan dan mematuhi un­dang-undang serta peraturan di negara ini.


“Dan bagi pihak Malaysia pula, adalah menjadi harapan kami agar perlindungan diberi­kan kepada pekerja Indonesia seperti masa kerja tidak me­lebihi tempoh 8 jam, pembe­rian cuti sehari seminggu, gaji dimasukkan ke dalam bank serta tidak menahan pasport pekerja,” katanya.


Djoko bagaimanapun ber­kata, kes-kes seperti pender­aan dan pemerdagangan tidak berlaku di Sarawak dan jika ada, ia hanya membabitkan kes kecil seperti gaji tidak dibayar.






Source: sabah & sarawak news>/a>
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.