Minute Ticker :

Dua lelaki cedera kemalangan

Wednesday 19 December 2012

KUCHING: Dua lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat kecederaan yang dialami selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta lewat malam kelmarin.


Mangsa yang masing-masing berusia 19 tahun difahamkan semasa kejadian dalam perjalanan pulang sebelum motosikal mereka dikatakan hilang kawalan dan bergerak ke laluan bertentangan di Jambatan Batu Kawa sekitar jam 12 tengah malam.


Menurut sumber, sebuah kereta yang dinaiki satu keluarga yang dalam perjalanan menuju ke pusat bandar raya tidak sempat mengelak kedua-dua mangsa lalu merempuh mereka.


Akibatnya kedua-dua mangsa dikatakan terpelanting sehingga menyebabkan penunggang motosikal tersebut yang berasal dari Semariang dikhuatiri mengalami patah tulang paha manakala pemboncengnya mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.


Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke HUS menaiki sebuah ambulans yang bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan berhubung kemalangan tersebut.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.