Minute Ticker :

SEB perjelas punca bekalan elektrik terputus pada 27 Jun

Tuesday 2 July 2013

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan sistem bekalan elek-trik terputus di Sarawak pada 27 Jun lepas berpunca daripada penurunan mendadak bekalan tenaga daripada Loji Hidroelektrik Bakun.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SEB Torstein Dale Sjotveit berkata, data pihak-nya menunjukkan tiga Bakun Unit terputus kira-kira pada masa yang sama.


Menurutnya, tiga Bakun Unit itu mempunyai kira-kira 650 megawatt (MW) kuasa sebeleum insiden berlaku.


“Penurunan frekuensi di-sebabkan terputus tiga Bakun Unit mengakibatkan gangguan di semua stesen jana kuasa di Sejingkat, Batang Ai, Loji Arang Batu Mukah dan loji gas di Bintulu serta Miri.


“Keadaan ini juga mengakibatkan talian frekuensi terputus,” katanya pada sidang media di sini, semalam.


Beliau berkata SEB akan terus komited agar insiden sama tidak berulang lagi terutama kepada pelanggan rumah persendirian dan golo-ngan peniaga.


“Kami akan bekerja rapat dengan Sarawak Hidro Sdn Bhd untuk mengenal pasti punca sebenar yang meng-akibatkan kegagalan di Bakun,” ujarnya.


Torstein menjelaskan, tumpuan khusus mengenai mencari penyelesaian ber-sama akan dilakukan bersama Sarawak Hidro bagi me-mastikan operasi di Bakun ke-kal sebagai pengeluar tenaga bebas dengan mengekalkan piawaian antarabangsa.


“Kami akan lebih telus dalam mencari punca masalah bagi membolehkan orang ramai mengetahui tindakan yang akan diambil SEB,” jelasnya.


Mengimbas kembali situasi pada 27 Jun lepas, dalam tempoh 10 minit selepas insiden, SEB mengaktifkan Pelan Pemulihan Terputus Bekalan Elektrik untuk menghidupkan semula stesen jana kuasa.


Ia sekali gus membolehkan Empangan Hidroelektrik Batang Ai mula aktif pada jam 5.53 petang, Stesen Jana Kuasa Tun Abdul Rahman (5.56 petang), Stesen Jana Kuasa Bintulu (6.21 petang) dan Miri (7.45 petang).


Hadir sama Ketua Pegawai Operasi SEB Lu Yew Hung dan Penolong Pengurus Besar (Pengurus Sistem Grid) Bahagian Pengurusan Sistem Grid Jabatan Transmisi SEB Yong Ying Poh.#B perjelas punca bekalan elektrik terputus pada 27 JunKUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan sistem bekalan elek-trik terputus di Sarawak pada 27 Jun lepas berpunca daripada penurunan mendadak bekalan tenaga daripada Loji Hidroelektrik Bakun.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.