Minute Ticker :

Tiada kesan terhadap SUPP

Saturday 15 June 2013

KUCHING: Notis Tunjuk Sebab diberikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kepada dua cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) diyakini tidak memberi kesan terhadap parti.


Presidennya Tan Sri Peter Chin berkata, tindakan ROS itu adalah untuk menyiasat proses perjalanan pemilihan peringkat SUPP cawangan Bekenu dan Piasau.


Menurutnya, pucuk pimpi­nan parti tidak perlu men­gadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu tersebut kerana ia diyakini dapat dis­elesaikan dengan menjawab Notis Tunjuk Sebab berk­enaan.


“Ibu pejabat parti telah menerima surat itu dan kita akan memberi penjelasan berhubung persoalan yang dibangkitkan,” katanya ke­tika dihubungi semalam.


Setiausaha Agung SUPP Prof Dr Sim Kui Hian tidak dapat dihubungi bagi menda­patkan reaksi.


Cawangan-cawangan terba­bit dikatakan melakukan beberapa amalan bercanggah dengan peraturan pemilihan parti yang merupakan per­mulaan proses Persidangan Tiga Tahun Sekali (TDC) pada Disember 2011.


Chin menang jawatan Presi­den pada TDC itu bagi meng­gantikan penyandangnya, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan yang memilih untuk bersara dari politik selepas tewas pada Pilihan Raya Negeri 2011.


Sementara itu, Ketua Pen­garah ROS Datuk Abdul Rah­man Othman menerusi satu kenyataan semalam berkata, Notis Tunjuk Sebab itu dike­luarkan di bawah Seksyen 13 (2), Akta Pertubuhan 1966.


Ia merupakan lanjutan dari­pada aduan yang diterima dari­pada ahli-ahli parti yang tidak berpuas hati mengenai proses pemilihan parti yang dijalankan pada tempoh tersebut.


“SUPP mempunyai 30 hari daripada tarikh no­tis iaitu 6 Jun 2013 untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan dan ja­wapan tersebut hendaklah memuaskan Pendaftar Per­tubuhan,” ujarnya.


Dalam kenyataan yang diedarkan pada sidang me­dia Pengarah ROS Sarawak Ken Leben semalam, Abdul Rahman menegaskan notis tersebut bukan Perintah Pem­batalan pendaftaran SUPP.


“ROS akan membuat kepu­tusan berpandukan jawapan yang dikemukakan oleh SUPP dan keputusan yang akan dibuat ini akan berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966,” jelasnya.


Selain Bekenu dan Piasau, ROS turut menerima aduan berhubung salah laku dalam pemilihan di cawangan Kuch­ing, Pending, Padungan, Sri Aman, Sarikei, Bintangor, Repok, Sibu, Kanowit, Bin­tulu, Julau dan Song.


Mengulas mengenai ca­wangan lain, Ken berkata, setakat ini cuma dua cawangan yang diberikan Notis Tunjuk Sebab.


Ditanya mengenai nasib SUPP, beliau berkata, masih terlalu awal untuk mengaitkan parti itu dengan pembatalan pendaftarannya atau dike­hendaki mengadakan TDC semula.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.