Minute Ticker :

Eksport kayu Sarawak signifikan

Friday 7 June 2013

Sumbang RM7.5 bilion kepada perolehan eksport negeri pada 2012


KUCHING: Eksport kayu Sarawak menyumbang sebanyak RM7.5 bilion atau tujuh peratus kepada perolehan eksport negeri pada tahun 2012.


Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sumba-ngan ketara eksport negeri itu menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding tahun sebelumnya.


“Di peringkat kebangsaan, sektor kayu Sarawak menyumbang 36 peratus daripada jumlah pendapatan eksport kayu Malaysia atau sebanyak RM20 bilion pada tahun 2012.


“Permintaan untuk kayu Sarawak telah diterima baik di peringkat antarabangsa dan juga telah berjaya mendapat akses kepada pasaran baharu yang banyak di Timur Te-ngah, Asia dan Afrika, di tengah-tengah persaingan sengit pasaran global,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).


Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Perasmian Persidangan dan Ekspo Perkayuan Sarawak 2013 bagi meraikan Ulang Tahun Ke-40 dan Ekspo Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) Sarawak 2013 sempena Minggu PKS yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.


Awang Tengah berkata, kini industri perkayuan Sarawak mampu menghasilkan pelbagai produk kayu terutamanya bagi memenuhi pasaran eksport.


Menteri Pembangunan Perindustrian itu berkata, ini membolehkan Sarawak menjadi pengeluar terbesar papan lapis tropika di rantau ini.


“Pada tahun 2012, Sarawak telah menghasilkan kira-kira tiga juta meter padu papan lapis.


“Kayu dihasilkan daripada kayu balak yang dituai dan dihantar mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan negeri serta mematuhi proses pengesahan kesahihan dan sistem sedia ada,” tegasnya.


Berhubung persidangan dan ekspo anjuran bersama PUSAKA dan Kementeri-an Perindustrian bermula semalam hingga 10 Jun, Awang Tengah berkata, sebanyak 200 ruang pameran disediakan untuk pempamer mempamerkan produk ma-sing-masing.


Pempamer yang terlibat terdiri daripada pembekal tempatan dan pengeluar produk kayu dari kayu bergergaji hingga perabot papan lapis, selain produk dan perabot PKS.


Ekspo itu bertujuan untuk mempromosikan kayu buatan tempatan dan produk bukan kayu, sekali gus diharap menjadi platform untuk perniagaan tempatan menjalin kerjasama dan mengukuhkan rangkaian perdagangan dalam dan luar Sarawak.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.