Minute Ticker :

Sng sahut cabaran Entulu

Thursday 18 April 2013

Ahli politik veteran muncul semula selepas 20 tahun akan bertanding di Selangau


KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP) menampilkan ahli politik veteran, Datuk Sng Chee Hua sebagai salah seorang daripada tiga lagi calon yang akan dipertaruhkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.


Menurut Sng, kemunculan semulanya dalam dunia politik selepas 20 tahun adalah bagi menyahut cabaran penyandang kerusi Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun yang secara terbuka ‘mempelawanya’ bertanding di kerusi itu.


“Beliau bertegas dan saya ti-dak mahu mengecewakannya (Entulu). Sama ada beliau kalah dengan senang hati atau saya menang dengan gembira,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SWP di sini, semalam.


Dua lagi calon SWP yang diperkenalkan semalam ialah ahli perniagaan Wilfred Landong, 57, (Sri Aman) dan pensyarah Ellison Ludan, 62, (Kanowit).


Presiden SWP Larry Sng pula akan bertanding di Lubok Antu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus George Lagong di Hulu Rejang dan ADUN Meluan Wong Judat (Julau).


Larry berkata, walaupun SWP merupakan sebuah parti baharu di Sarawak, namun beliau pasti kemenangan akan berpihak kepada mereka.


Menurut beliau, keyakinan itu dilahirkan memandangkan sebahagian daripada ahli parti telah lama berkecimpung dalam dunia politik, bukan sahaja dalam Parti Rakyat Sara-wak (PRS), malah semasa era kegemilangan Parti Bansa Da-yak Sarawak (PBDS).


“Sebab itu, kami bersedia untuk bertanding kerana kami yakin mampu menang di kesemua enam kerusi tersebut, selain berdasarkan jumlah keahlian yang ramai di kerusi-kerusi berkenaan,” katanya.


George ketika mengulas lanjut mengenai kriteria pemilih-an calon memberitahu, penca-lonan itu dibuat berdasarkan sokongan dan maklum balas di peringkat akar umbi sejak penu-buhan parti pada 2 April 2012.


Penganalisis politik menyifatkan peletakan calon-calon SWP di kesemua kerusi milik PRS pada PRU13 ini sebagai ‘balas dendam’ terhadap PRS.


Larry dipecat dari PRS sebelum Pilihan Raya Negeri Ke-10 pada 2011 kerana tidak sehaluan dengan Presidennya, Tan Sri James Masing.


Selain Entulu di Selangau, calon-calon PRS ialah Masir Kujat (Sri Aman), William Nyalau Badak (Lubok Antu), Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang), Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) dan Datuk Joseph Salang Gandum (Julau).






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.