Minute Ticker :

Kenyataan bersifat peribadi

Thursday 11 April 2013

Rakaman video Global Witness tidak memaparkan realiti di Sarawak, kata Masing


KUCHING: Menteri Kanan Tan Sri James Masing menyifatkan klip video terbitan Global Witness sebagai bersifat peribadi dan tidak memaparkan realiti di Sarawak.


Menurut beliau, kenyataan pihak dalam klip video tersebut adalah kenyataan peribadi mereka dan tiada sebarang kaitan dengan cara sebenar pengurusan dan pentadbiran tanah di negeri ini.


Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah menegaskan mana-mana perjanjian membabitkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) perlu melalui kementeriannya.


“700,000 hektar tanah NCR dikenal pasti oleh kementerian sebagai tanah bank NCR dan kira-kira 60,000 hektar dibangunkan untuk perladangan kelapa sawit.


“Mana-mana perjanjian tanah NCR perlu melalui prosedur yang ketat sebelum ia boleh diluluskan,” ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Negeri untuk pasukan petugas tanah NCR.


Bercakap kepada The Borneo Post semalam, Masing menegaskan tanah NCR tidak boleh dijual kepada orang asing dan bukan orang tempatan dan ia hanya boleh dibeli oleh orang tempatan lain.


Mengenai tanah yang didakwa dijual di Julau, Masing memberitahu bahawa beliau ragu tentang kewujudannya kerana beliau amat mengetahui kawasan itu.


Beliau berkata, kebanyakan tanah di Julau telah diusahakan oleh petani pindah selama beratus-ratus tahun kerana ia merupakan penempatan terawal di negeri ini dan oleh itu tidak ada kayu lebih berharga kini.


“Saya amat mengenali Julau, ia sangat berbukit dan oleh itu ia tidak sesuai untuk tujuan pertanian. Hanya orang bodoh akan membelinya,” katanya.


Justeru, beliau menyifatkan ‘Penerbitan untuk mencari rasuah di negeri Sarawak’ (Production to look for corruption in the state of Sarawak) oleh Global Witness sebagai sebuah filem Hollywood yang mencerminkan ‘pembeli yang sanggup cuba menipu penjual yang sanggup.’


Beliau turut mencabar Global Witness untuk tampil dengan versi temu duga yang belum disunting.


“Kita semua mahu kebenaran. Jadi, saya mencabar Global Witness untuk tampil dengan versi penuh temu duga belum disunting bersama dengan penemu duga kerana ini akan memberikan perspektif yang betul mengenai isu keseluruhan,” katanya.


Menurut beliau, Global Witness hanya menampilkan sedikit demi sedikit segmen wawancara yang disesuaikan dengan agenda mereka.


“Mereka hanya menggunakan sedikit demi sedikit untuk dimuatkan sebagai hujah mereka bahawa sesungguhnya rasuah berlaku di Sarawak.


“Oleh itu, penerbitan Global Witness hanya seperti penerbitan Hollywood yang lain,” katanya.


Memandangkan temu duga dirakam menggunakan kamera tersembunyi, Masing berkata, ia dilakukan dengan niat yang tidak baik dan menyifatkan ia sebagai ‘benar-benar salah.’


“Merakam orang tanpa mereka sedari adalah salah.


“Ia adalah sama seperti kes Robin Hood yang merompak orang kaya dan memberikannya kepada golongan miskin.


“Tujuannya mungkin baik tetapi caranya adalah salah. Jadi mereka melakukan ini hanya untuk memenuhi andaian mereka. Dan itu adalah salah,” katanya.


Mengenai isu setinggan, Masing berkata, orang asli tidak boleh menjadi setinggan di tanah mereka sendiri, justeru kerja-kerja oleh Global Witness telah disunting dengan tidak sewajarnya.


Seorang pemegang ijazah kedoktoran dalam bidang Antropologi, Masing menegaskan beliau tahu temu duga oleh Global Witness adalah kerja penipuan seperti mana-mana prosedur yang betul perlu dilakukan dengan teliti tanpa disunting.


“Seperti yang saya katakan, perkara ini adalah hanya satu aksi Hollywood dan dilakukan oleh penipu,” katanya.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.