Minute Ticker :

PRU13 di Sarawak dijangka aman

Sunday 7 April 2013


TIADA MASALAH: (dari kiri) Yong, Pengerusi PERKEP Kontinjen Sarawak Datin Zaitun Mohd Isa, Acryl, Datuk Chew Chiaw Ann dan Pengerusi Permuafakatan Penduduk Kompleks Perumahan PDRM Tabuan Jaya Superintenden Ahmad Lokman memotong reben bagi merasmikan tapak Gerai Kami.



KUCHING: Proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Sarawak dijangka diadakan dengan aman dan tenteram.


Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani melalui maklu­mat dan risikan yang diterima dari seluruh daerah di Sarawak keadaan dijangka terkawal bagi proses mengundi itu nanti.


“Bagi negeri Sarawak PDRM tidak akan berdepan dengan isu-isu yang mela­mpau daripada mana-mana pihak sewaktu proses pilihan raya berjalan nanti,” ujar Acryl ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Gerai Kami di Kompleks Perumahan Po­lis Diraja Malaysia (PDRM) Tabuan Jaya semalam.


Projek yang bernilai RM90,000 merupakan kae­dah penyelesaian yang prak­tikal meliputi pembinaan 13 gerai termasuk 11 gerai bergerak bagi menyelesaikan masalah penjaja setempat se­cara teratur di kawasan kom­pleks perumahan PDRM.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah penyandang kerusi Parlimen Stampin Datuk Yong Khoon Seng.


Pada majlis tersebut Yong telah menghulur sumbangan sebanyak RM10,000 mas­ing-masing kepada Tabung Wira Lahad Datu dan Tabung Kebajikan PDRM.


Di samping itu, Acryl turut menjelaskan bahawa pihaknya masih belum menerima se­barang permohanan permit daripada mana-mana pihak untuk mengadakan ceramah atau kempen.


“SPR masih belum menge­luarkan surat kebenaran bagi berkempen jadi kami terpaksa menunggu sehingga mere­ka membuat pengumuman mengenai tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi,” jelasnya.


Sementara itu Acryl turut mengingatkan kepada para anggotanya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan melalui program gotong-royong kerana ia merupakan tonggak utama PDRM selain Tegas, Adil dan Berhemah supaya menjadi contoh kepada masyarakat umum.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.