Minute Ticker :

Sarawak batal hasrat miliki ekuiti MASwings

Monday 14 January 2013

KUCHING: Sarawak menarik balik hasrat untuk memiliki ekuiti dalam MASwings ekoran penstrukturan semula dilakukan Syarikat Penerba-ngan Malaysia (MAS).


Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata kerajaan negeri ini merasakan keputusan memiliki ekuiti tidak memberi keuntungan kepada Sara-wak.


Menurutnya, ini kerana MASwings diputuskan untuk mengendalikan penerbangan wilayah tanpa perlu pelaburan daripada Sarawak atau Sabah.


“Kami rasakan keputusan ini tidak mendatangkan keuntungan kepada Sarawak atau Sabah ekoran penstrukturan dilakukan MAS,” katanya dalam sidang media semalam.


Abang Johari yang juga Menteri Perumahan berkata, keputusan yang dibuat MAS adalah penting dan tidak boleh ditarik balik termasuk pengendalian penerbangan di negeri ini.


“Kami berharap penerbangan dari negeri ini akan diteruskan dan kita akan terus memberi kerjasama kepada syarikat penerbangan sedia ada,” ujarnya.


Sebelum ini kerajaan negeri di-katakan berminat memiliki ekuiti da-lam MASwings bagi memperba-nyakkan penerbangan di negeri ini.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Datuk Kapten (B) Nawawi Awang berkata, MASwings akan menambah enam pesawat Twin Otter yang baharu untuk menampung keperluan penerbangan ke pedalaman negeri ini.


“Sebuah pesawat akan diterima hujung tahun ini manakala selebih-nya pada tahun depan.


“Usaha ini adalah untuk meningkatkan perkhidmatan kami kepada rakyat negeri ini,” jelasnya.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.