Minute Ticker :

Cara perkukuh integrasi

Thursday 16 May 2013

Pelantikan tujuh menteri cermin kepentingan Sarawak, Sabah: KM


KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud me-nyambut baik pelantikan tujuh menteri penuh dari Sarawak dalam Kabinet Malaysia 2013 yang baharu dibentuk di bawah pim-pinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau yang gembira dengan pelantikan tersebut berkata, ia merupakan satu cara yang paling baik untuk mengintegrasikan lagi pandangan masyarakat di Sarawak dan Sabah dengan masyarakat di Semenanjung Malaysia.


“Pembentukan kabinet persekutuan kali ini mencerminkan bahawa Sarawak dan Sabah memainkan pe-ranan yang sama penting dengan masyarakat di Semenanjung Malaysia.


“Saya yakin ia akan mencetuskan lebih banyak keinginan untuk masyarakat di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia bertukar-tukar fikiran serta mengeratkan lagi semangat persefahaman,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Simbolik Upacara Pecah Tanah Penambahan Tebingan Sungai Kuching di Jalan Chan Chin Ann di sini, semalam.


Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kanan merangkap Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani.


Sementara itu, Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pelantikan tujuh menteri penuh dari negeri ini di peringkat persekutuan melambangkan ke- prihatinan Perdana Menteri terhadap kehendak rakyat Sarawak.


Umpamanya, menurut Abang Johari, pelantikan Datuk Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya sudah tentu dapat menunaikan ma-nifesto Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur khasnya jalan raya di Sarawak dan Sabah.


Selain itu, katanya, pelantikan Dato Sri Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi akan memainkan peranan dalam mengurus dan mentadbir industri komoditi de-ngan Sarawak dan Sabah adalah penyumbang utama kelapa sawit.


“Dengan adanya latar belakang ini, ia akan dapat mengembangkan lagi pembabitan Sarawak dan Sabah dalam ekonomi.


“Sebab itu, saya nampak bahawa lantikan tujuh orang menteri dari Sarawak adalah satu peristiwa yang agak penting dan di luar dugaan,” jelasnya sambil menambah, dua menteri wanita dari Sarawak juga diberikan kepercayaan besar oleh Perdana Menteri.


Pada masa sama, Abang Johari yang juga Timbalan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) menafikan berlaku ketidakseimba-ngan dalam pelantikan tersebut an-tara wakil Bumiputera dan Pesaka.


Menganggap ia bukan isu, beliau berkata ia sekadar pandangan sahaja kerana yang pentingnya adalah satu parti dan bukan sebaliknya.


Sementara itu, Pengarah Urusan Ibraco Berhad, Chew Chiaw Han berkata penambahan Tebingan Su-ngai Kuching merupakan sebaha-gian daripada visi Ketua Menteri untuk menjadikan Bandar Raya Kuching yang lebih hebat.


Menurutnya, Ibraco Berhad dan Pelita Holdings Sdn Bhd akan be-kerjasama membangunkan penambahan Tebingan Sungai Kuching bagi mentransformasikan kawasan itu sebagai lokasi ideal untuk aktiviti luar.


Projek tersebut yang meningkatkan lagi keindahan semula jadi Sungai Sarawak akan menjadi tarikan bagi penduduk tempatan dan pelancong dari dalam dan luar ne-gara, katanya.


“Penambahan baharu ini sebagai satu projek pemulihan dan pene-busan semula tanah adalah kesi-nambungan kepada esplanad Tebi-ngan Sungai Kuching sedia ada sepanjang kira-kira satu kilometer dari Hotel Grand Margherita.


“Kepentingan pembangunan ini adalah untuk mengubah tebingan sungai sedia ada menjadi pemba-ngunan tebingan sungai yang moden yang bertenaga dengan tempat persiaran yang boleh digunakan oleh orang awam, pelancong dan pelbagai pengguna selain pusat aktiviti perniagaan,” katanya.


Tambah Chew, penambahan baharu Tebingan Sungai Kuching ini dibahagikan kepada beberapa zon utama iaitu Landscaped Garden Plaza, Riverfront Pedestrian Mall, Festive Tourist Entertainment Hub, Office Park dan pembangunan perumahan eksklusif dengan jeti peribadi.


Projek ini juga melibatkan kerja-kerja naik taraf jalan awam dan laluan trafik ke kawasan tebingan sungai seperti jeti teksi sungai, pembinaan jalan esplanad baharu sepanjang 600 meter, tempat parkir dan naik taraf jalan sedia ada iaitu Jalan Chan Chin Ann, Jalan Padungan Utara dan Jalan Sungai Padungan.






Source: sabah & sarawak news
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.