Minute Ticker :

Sabah News

Sarawak News

Around The Blog

Sempena Hari Buruh – INI KALILAH, TUKAR: Satu-satunya Cara Untuk Sabah Membangun

Tuesday, 30 April 2013

ATM nafi bawa pengundi hantu ke Semenanjung

- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya ia membawa pengundi hantu, termasuk anggota tentera dan polis, dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia.



Source: sabah & sarawak news

Pairin nasihat rakyat di Sabah tidak lepaskan Najib

- Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengulangi nasihat kepada rakyat di Sabah agar membuat keputusan bijak pada Ahad ini bagi memastikan pemimpin berkaliber dan prihatin seperti Datuk Seri Najib Tun Razak dapat terus meneraju negara.



Source: sabah & sarawak news

TATAP BN: Mari Pakat Ramai-ramai Saman BN Sabah

Sunday, 28 April 2013

Rakyat Tawau tolak Anwar?







Ceramah DSAI/PR di Tawau Sabah, sambutannya suam-suam kuku atau Najib bila lihat ini akan terus demam kepialu??????



Inilah rakaman gambar ceramah DSAI di tawau sabah sebentar tadi....Yang pasti Najib dan Tun Mahathir akan bertamabh sasau dan risau...Ceramah yang paling ramai hadir dalam sejarah Tawau, Sabah.



Aura dan karisma DSAI cukup hebat dan mempersonakan sekali..Jadi tidak hairan jika hasil kajian Umcedel menyatakan rakyat jauh lebih yakin kepada DSAI sebagai PM dibandingkan dengan Najib Razak.





Klik untuk lihat laporan penuh blogger ini.








Source: sabah & sarawak news

GE13: Aghes Shim makes history as first Sabah MCA woman candidate – The Star Online









GE13: Aghes Shim makes history as first Sabah MCA woman candidate

The Star Online

KOTA KINABALU: Sabah MCA's first woman candidate Datuk Agnes Shim Tshin Nyuk is keen to contribute to the Luyang community. She has been quietly giving of her time for a couple of decades in a variety of causes for society. In her 25 years of serving ...









Source: sabah & sarawak news

TATAP BN: Sudah 19 Tahun Sabah Diliwat Umno

Saturday, 27 April 2013

Rasai Pengalaman ‘Ubah’ Atau Hadapi Risiko Kehilangan Semua Perkara Baik -PM

KUCHING: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu kaum Cina di Sarawak merasai pengalaman 'Ubah' yang dijanjikan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kerana ia akan mengakibatkan semua perkara baik yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN), menjadi sia-sia.



Source: sabah & sarawak news

Tatap BN: Skim Saraan Umno, Boleh Jadi YB Sampai Kiamat

Friday, 26 April 2013

Pengkhianat didakwa selepas PRU

ALOR SETAR – Tiga pemimpin pembangkang bakal didakwa di mahkamah kerana dipercayai pengkhianat dan terlibat mendalangi tindakan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.



Source: sabah & sarawak news

Pengeluaran Kad Pengenalan Laut Di Pantai Timur Sabah Dihentikan – Pengarah Esscom

LAHAD DATU: Pengeluaran Kad Pengenalan Laut (SIC) telah dihentikan bagi pelaut dari Selatan Filipina susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Pantai Timur Sabah pada Februari lepas.



Source: sabah & sarawak news

PRU13: Calon PKR Ori Dan PKR Umang Sabah Ala-ala Ibrahim Ali~Lajim dan Bumburing

Bomba rancang bina pangkalan udara di Kuching

Thursday, 25 April 2013


SEGAK: Mahadi melakukan pemeriksaan barisan ke atas para pelatih tamat latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2012 di Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya di Kuching, semalam. — Gambar Chimon Upon



KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merancang untuk membina sebuah pangkalan udara di Sarawak dan Sabah sebagai tambahan kepada dua pangkalan sedia ada di Subang dan Pulau Pinang.


Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Mahadi Md Ali pada sidang media di Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya di sini, semalam.


Menurut Mahadi, rancangan untuk membina pangkalan udara berkenaan akan dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), selepas kekangan dari segi peruntukan untuk dilaksanakan di bawah RMK10.


“Rancangan untuk membina pangkalan udara bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat di negeri ini memang ada dan akan kita bawa dalam RMK11 di mana kita telah mencadangkan lokasinya di Kuching.


“Kita harap pembinaan pangkalan udara baharu itu nanti akan memperkuatkan jentera kita dalam usaha membantu dan menyelamatkan harta dan orang awam di negeri ini,” kata Mahadi sambil menambah, terdapat tujuh pesawat bomba dan penyelamat di seluruh negara bagi tujuan itu.


Terdahulu, Mahadi merasmikan Majlis Tamat Latihan Kursus Sains Kebombaan Siri 1/2012 sekali gus menyampaikan Anugerah Pelatih Terbaik kepada tiga penerima bagi kategori Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan, Praktikal dan Teori.


Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan diterima oleh Kho Guan Hui, 37, dari Lundu, manakala Anugerah Pelatih Terbaik Praktikal dan Teori masing-masing diraih oleh Azwan Bujang Si, 20, dari Kuching dan Stephen Anthony, 23, dari Tambunan, Sabah.


Dalam ucapannya, Mahadi berkata, para pelatih seramai 101 orang yang berjaya menamatkan latihan semalam bakal memulakan kehidupan sebenar sebagai pegawai bomba.


Beliau berkata, sungguhpun latihan selama empat bulan setengah di akademi telah melengkapkan pelatih dengan pelbagai aspek kehidupan sebagai pegawai bomba, namun latihan dan ujian sebenar berada di luar sana.


“Sesungguhnya realiti di luar sana adalah jelas lebih mencabar dan lebih ganas daripada kehidupan di akademi.


Di luar sanalah medan yang sebenar.


Hanya mereka yang benar-benar tabah, berminat dan berani akan sampai ke kemuncak kejayaan,” ujarnya.


Majlis Tamat Latihan kali ini disertai seramai 101 Pegawai Bomba Gred KB17.


Ia merupakan acara tradisi dan kemuncak bagi para pelatih Kursus Sijil Sains dan Kebombaan yang diadakan sebagai tanda berakhirnya kursus dan persediaan pelatih ke alam kerjaya.


Sepanjang tempoh kursus, para pegawai itu diberi pendedahan dengan ilmu dan kemahiran kebombaan meliputi aspek teori dan praktikal seperti kawat kaki, kawat operasi, operasi kebombaan, pengurusan kebombaan, penyelamatan, keselamatan kebakaran, penyiasatan kebakaran, alat pernafasan, mencari dan menyelamat dan kejuruteraan kebombaan.


Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan Mohamad Hamdan Wahib, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Mohamad Fauzi Mohamat Kifli dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak Nor Hisham Mohammad.






Source: sabah & sarawak news

Sabah & Sarawak Updates

 
© Copyright sabahsarawak.TK | Sabah Sarawak News Update 2012 -2017 | Design by sabahsarawak.TK | Powered by Blogger.com.